Evolusi Perniagaan Dari Rumah..

Dulu, sewaktu tahun 60an… apabila si isteri bekerja.. ia kelihatan
agak janggal… ada sesetengah pihak yang mengatakan perempuan seharusnya
tidak manis untuk bekerja.. perempuan tempatnya di dapur… pernah dengar
bukan? tetapi.. lama-kelamaan, trend isteri@wanita turut bekerja sudah
boleh mula diterima..

Jika dulu si isteri bekerja hanyalah untuk “mendapatkan duit lebih”, tetapi.. kini, isteri bekerja adalah kerana disebabkan terpaksa untuk “mencukupkan duit”. Kalau tak kerja.. memang tak cukuplah gamaknya duit untuk menampung sara hidup harian keluarga..

Justeru itu, jika ada isteri yang tidak bekerja pada masa kini, ia akan kelihatan sedikit janggal pada pandangan “orang biasa”.

Peningkatan kos sara hidup pada masa kini, memang memaksa suami
& isteri bekerja bersama-sama untuk mencari nafkah.. namun begitu,
trend ini tidak berhenti disitu sahaja.. jika sekarang suami &
isteri bekerja hanya untuk “mencukupkan duit”.. pada masa akan datang.. situasi ini sudah tidak akan dapat membantu. Walaupun si suami & isteri bekerja.. pendapatan yang diperolehi bukanlah lagi di tahap “mencukupkan duit”.. tetapi ia akan menjadi “tidak cukup-cukup”.
Oleh itu, satu alternatif (sumber pendapatan) lain perlu dicari &
diwujudkan untuk menukarkan semula status “tidak cukup-cukup” kepada
status “mencukupkan duit” atau lebih baik lagi jika dapat pergi terus
ke status “mendapatkan duit lebih”..

Tidak cukup-cukup => Mencukupkan Duit => Mendapatkan Duit Lebih

1980 - Suami Kerja + Isteri Kerja = Duit Lebih
2000 - Suami Kerja + Isteri Kerja = Duit Cukup
2020 - Suami Kerja + Isteri Kerja = Duit Tak Cukup

Oleh itu, sedar atau tidak, menjalankan pekerjaan sambilan @
perniagaan sambilan di rumah kini menjadi salah satu alternatif kepada
sesebuah keluarga.

Pada waktu ini .. menjalankan perniagaan sambilan di rumah masih
lagi dilihat sedikit janggal..  janggalnya adalah sepertimana
masyarakat melihat golongan isteri yang turut bekerja suatu masa dulu.
Ada masyarakat yang sudah boleh terima dan ada yang masih belum.

Bayangkan perniagaan kedai makan di sebelah rumah?  Butik pengantin
di dalam rumah? Kilang pengeluar roti & makanan segera di rumah?
Perniagaan percetakkan kad kahwin di rumah? dan tidak lupa juga
syarikat import eksport yang terletak di sebuah rumah?

Pelik? janggal?

Percayalah.. 20 tahun akan datang.. perkara ini bukanlah lagi
sesuatu yang pelik.. ia akan menjadi trend dan kebiasaan seperti mana
“biasanya” anda melihat golongan wanita pergi bekerja pada hari ini.

Suami Kerja ==>  Suami Kerja + Isteri Kerja ==>  Suami Kerja + Isteri Kerja + Perniagaan di Rumah

Sekarang ini, terpulang kepada anda sama ada ingin mengikuti revolusi ini ataupun tidak?  Pioneer atau follower?

Janganlah sampai ketinggalan pula…

Leave a Reply