Bagaimana Mencari Niche.. Ep2

Ok! sambungan semalam mengenai “Bagaimana mencari niche?” dan
“Apakah soalan yang perlu ditanya?” untuk kita mencari niche bagi
perniagaan internet kita.

Sebelum itu, satu perkara yang mungkin anda sudah sedia maklum.
Perkara pertama yang perlu kita lakukan untuk memastikan perniagaan
kita berjaya dan berjalan lancar… adalah dengan mencari “pasaran” terlebih dahulu.
Ramai usahawan yang tersilap sewaktu memulakan perniagaan mereka kerana
mereka “menghasilkan produk dahulu” berbanding mencari pasaran. Perkara
ini terbalik…. yang lebih baik adalah, mencari pasaran terlebih dahulu,
dan kemudiannya, barulah cari/hasilkan produk.

Dan.. pasaran yang menguntungkan pula, adalah pasaran yang terdiri
daripada pembeli-pembeli yang berada pada keadaan terdesak (desperate
buyer).

Siapakah orang-orang yang berada pada keadaan terdesak?..

Jawapannya ialah…  orang-orang yang sedang mengalami masalah!.

Orang-orang yang kehausan dan tiada bekalan air di padang pasir..
sanggup untuk membayar Rm50 untuk sebotol air mineral. Orang yang tayar
motorsikalnya pancit di tengah-tengah lebuh raya, sanggup membayar
mekanik RM50 untuk membetulkan tayar motorsikal mereka (harga asal RM12
je).

Jadi… soalan yang perlu ditanya apabila anda ingin mencari niche yang menguntungkan bagi perniagaan anda ialah.. “Apakah masalah yang pernah anda hadapi yang sangat-sangat men”tension”kan / menyusahkan anda?”. (tahniah kepada emzek kerana berjaya menjawap dengan tepat.) Jika anda bertanyakan soalan tersebut.. saya jamin.. anda pasti akan menjumpai satu niche yang menarik & menguntungkan!.

Antara contoh-contoh soalan “masalah” yang boleh difikirkan..

Pernah mengalami sakit gigi yang melampau?
Selalu diejek kerana berat badan yang berlebihan?
Mengalami masalah rambut Gugur & Kulit berjerawat?
Gagal menangkap seekor ikan pun setelah seharian memancing?
Berasa tertekan kerana selalu tewas dalam permainan diranjang bowling?
Kekasih dirampas orang?…
Anak tidak cemerlang dalam pelajaran?
Sukar mendapat pasangan yang ideal?
Pening & tak tahu membuat pelan perniagaan?

dan 1001 lagi masalah yang boleh anda senaraikan. Sebagai usahawan…
kita mesti melihat setiap masalah itu sebagai satu peluang.
Alhamdulilah.. kehidupan manusia ini penuh dengan masalah.. oh!

Setelah anda mengetahui masalah (mengenalpasti pasaran) . Sekarang,
anda kena pula mencari jalan penyelesaiannya (mengenalpasti produk yang
sesuai) .

Soalan ……. “Apa masalah anda?” - Mencari niche
Soalan…….. “Bagaimana mengatasinya?” - Mencari produk

Daripada semua masalah yang telah disenaraikan diatas, saya percaya,
anda pasti boleh memikirkan beberapa niche produk yang sesuai untuk
menyelesaikan masalah tersebut.

- Rahsia menghilangkan sakit gigi dengan pantas.
- Rahsia menjadi kurus dengan cepat tanpa sebarang senaman & pil.
- Rahsia Memiliki Rambut Lebat, Panjang & Lurus
- Rahsia si Raja Pancing.
- Rahsia strike 10 kali di ranjang pusat bowling.
- Rahsia menawan  bekas  kekasih…
- Rahsia Study Smart
- Rahsia memikat & mengurat awek cun
- Panduan Membina Pelan Perniagaan yang power!

dan banyak lagi produk yang sangat “niche” yang boleh anda wujudkan.  Cuma persoalan disini “Adakah anda mampu menyediakan penyelesaian (menghasilkan produk) kepada masalah-masalah tersebut? “..

Sebenarnya, apabila kita menghadapai sesuatu masalah, kita boleh menyelesaikannya denagn 2 cara….

1- Menyelesaikannya Sendiri (Hasilkan Produk Sendiri)
2 -Menyelesaikannya Dengan Bantuan Orang lain (Menggunakan produk @ kemahiran orang lain).

Produk Hasil Sendiri.

Anda mungkin mempunyai beberapa teknik yang sangat berkesan untuk
mengatasai sesuatu masalah di dalam hidup anda. Contohnya, anda mungkin
mempunyai petua @ teknik yang tersendiri di dalam mengatasi masalah
sakit gigi. Dan teknik ini anda ketahui memang amat berkesan jika
dilakukan. Cuma satu perkara yang mungkin anda tidak sedar sebelum ini…
anda tidak tahu bahawa orang lain tidak tahu petua @ teknik tersebut. Sekaligus menyebabkan anda tidak nampak “peluang”,  bagaimana ia boleh menghasilkan wang kepada anda.

Jadi, jika anda mempunyai satu kaedah penyelesaian yang unik dan
berkesan bagi menyelesaikan sesuatu masalah.. survey-survey sedikit..
adakah teknik itu diketahui oleh orang lain juga atau tidak? Jika hanya
segelintir orang sahaja yang mengetahuinya.. maka.. bolehlah anda
pertimbangkan ia sebagai sebuah produk. Produk anda itu pula boleh
wujud dalam pelbagai bentuk!. Sama da sebagai sebuah ebook? vcd? buku
panduan kecil? poster? khidmat nasihat? perisian komputer? ataupun satu
alat yang telah diubahsuai yang boleh digunakan untuk menyelesaikan
masalah tersebut.

Produk Orang Lain

Jika anda tidak mempunyai “kaedah penyelesaian yang tersendiri”
untuk menyelesaikan masalah tersebut, maka, anda bolehlah mencari
kaedah-kaedah yang digunakan oleh orang lain untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Ada sesetengah orang (sebelum ini anda) tidak nampak
“peluang” membuat duit kerana “mereka tidak tahu bahawa orang lain tidak tahu petua @ teknik yang mereka lakukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu sebenarnya dicari-cari oleh orang yang lain.

Apa yang perlu anda lakukan, pelajari teknik @ petua @ kaedah
penyelesaian tersebut dan kemudiannya, hasilkan produk.. dan jual. Jika
anda tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri.. mungkin anda perlu
upah orang lain untuk menghasilkannya.

Tetapi.. masalahnya.. saya tidak tahu cara penyelesaian
sesuatu masalah itu, dan saya juga tidak tahu bagaimana orang lain
menyelesaikannya.

Hey!.. Bukankah setiap masalah itu mempunyai jalan penyelesainnya?..
Anda tidak tahu kerana anda belum menjumpainya.. ia ada.. cuma mungkin
anda tidak mencarinya di tempat yang betul menyebabkan anda tidak
menjumpainya.

Sebelum saya menulis buku “maskahwin yang hilang”..
saya telah bertanya ramai orang yang telah berkahwin, bagaimana mereka
mengumpulkan wang untuk perkahwinan mereka. Kebanyakkan orang.. amat
malu untuk bertanyakan hal itu, kerana ditakuti orang lain akan tahu
bahawa mereka tidak punyai duit untuk berkahwin tetapi menggatal nak kahwin.

Hasil pertanyaan saya kepada ramai orang, saya memperolehi banyak
jawapan, pengalaman, petua serta teknik-teknik yang menarik. Hasil
daripada semua jawapan yang saya perolehi itu, saya kumpul, simpan dan
amalkan… alhamdulilah, ianya berkesan & menjadi! Saya berjaya
berjimat & menyimpan wang untuk perkahwinan saya.

Hinggalah saya terfikir! Hey!.. masalah cari duit kahwin ini
bukanlah masalah saya seorang… ramai lagi orang yang menghadapi masalah
yang serupa (ah ha! niche market sudah dikenalpasti).
Disebabkan saya memiliki kaedah penyelesaian yang berkesan yang saya
perolehi hasil daripada bertanyakan pengalaman-pengalaman orang lain (produk sudah dikenalpasti), jadi.. mengapa tidak saya sebarkan kaedah penyelesaian ini kepada orang lain?

Kunci Disini.. jika anda tidak mengetahui jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah.. anda kena cari cara penyelesaian orang lain
bagaimana nak cari?.. ada banyak cara, anda boleh bertanya orang yang
lebih berpengalaman, membaca buku, menghadiri ceramah, membuat carian
di internet dan banyak lagi kaedah-kaedah pencarian ilmu yang boleh
digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Selepas anda menjumpainya, anda perlu “test” terlebih dahulu kaedah penyelesaian tersebut.
Adakah ia betul-betul berkesan atau tidak? Ini adalah penting untuk
anda membina “kepercayaan” terhadap produk (kaedah penyelesaian)
tersebut. Kepercayaan terhadap produk ini amat penting untuk memastikan
anda bersemangat & ghairah menjualnya.

Ok.. rasanya itulah sahaja yang saya inginkan kongsikan. Tentang “Bagaimana mencari  niche?”.

Rumusannya disini….
1) Cari Masalah Orang @ masalah anda sendiri
2) Cari produk/cara penyelesainnya - hasil sendiri @ hasil orang lain
3) Uji terlebih dahulu - untuk membina kepercayaan
4) Dan akhir sekali barulah pasarkannya..

Semoga anda berjaya mencari niche anda yang tersendiri… YOSH!

Leave a Reply