4 halangan memulakan perniagaan..
Jika ditanya kepada setiap orang.. “Adakah anda berminat untuk memulakan & memiliki perniagaan anda sendiri?” Sudah pastinya.. ramai yang akan berkata dengan kuat “YA!”… namun begitu.. seringkali impian tersebut hanya menjadi angan-angan dan tidak dapat direalisasikan… mengapa ya?..
Disini.. saya ingin berkongsi dengan anda, 4 sebab utama mengapa
seseorang itu tidak memulakan perniagaan mereka sendiri (secara
fulltime).
1- Kurang ilmu pengetahuan mengenai perniagaan..
Ini adalah merupakan sebab@halangan yang utama mengapa seseorang itu
tidak berupaya untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Alasan
seperti..
- Saya tidak tahu macam mana nak cari modal & apply loan
- Saya tidak tahu nak buat kertas rancangan perniagaan
- Saya tidak tahu macam mana nak pasarkan produk saya
- Saya tak tahu nak buat itu.. nak buat ini.. dan nak buat bermacam-macam lagi perkara..
Untuk mengatasi halangan ini, anda perlulah menimba banyak ilmu
terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan anda sendiri, sama ada
dengan membaca buku, ebook, artikel-artikel, suratkhabar, menghadiri
seminar, dengar ceramah, menyertai bengkel-bengkel serta kursus-kursus
jangka pendek dan jika perlu, dapatkan juga perkhidmatan consultation
sama ada yang percuma mahupun yang berbayar.
2 - Bekalan Wang Simpanan (financial back-up)
Masalah ini pula, seringkali dialami oleh orang-orang yang hendak
berhijrah dari “dunia pekerjaan makan gaji” kepada “dunia perniagaan”.
Dunia perniagaan ialah dunia yang penuh dengan pancaroba dan
ketidaktentuan, hari ini untung belum tentu esok akan untung juga. Oleh
itu, perancangan yang rapi dari segi kewangan perlulah ada sebelum anda
menceburkan diri anda ke dalam dunia perniagaan secara sepenuh masa.
Secara kasarnya, berikut adalah contoh untuk mengira bekalan
kewangan yang anda perlu sediakan sebelum anda mengambil keputusan
untuk menceburkan diri ke dalam dunia perniagaan secara sepenuh masa.
Anggaran Modal Untuk Memulakan Perniagaan Anda : RM50,000
Tentukan Perbelanjaan Sara Hidup Anda Untuk 3 Tahun : RM2,000 sebulan x 36 bulan = RM72,000
Bekalan Kewangan Yang Anda Perlu Ada : RM132,000
Bagi saya.. bekalan perbelanjaan selama 3 tahun adalah tempoh yang
ideal. Ini kerana, sesuatu perniagaan, biasanya akan mengambil masa 3
tahun untuk matang & betul-betul stabil. bagi perniagaan internet,
modal itu mungkin boleh dikecilkan, mungkin RM5,000 sahaja.. maklumlah,
perniagaan internet sememangnya tidak memerlukan modal yang besar.
Apa-apa pun.. rancang dan siapkan bekalan anda secukupnya. Memasuki
dunia perniagaan sepenuh masa adalah seperti anda pergi memasuki medan
berperang.. takut nanti.. sewaktu perang sedang hangat.. bekalan
senjata & peluru anda kehabisan pula. Akhirnya.. terkorbanlah anda
di medan perang..
Jadi.. usah terburu-buru, sememangnya, kita perlu berani mengambil risiko untuk berjaya.. tetapi.. tahukah anda? Orang
yang mengambil risiko tanpa sebarang perancangan.. bukanlah seorang
“risk taker”.. tetapi mereka hanyalah seorang “gambler”. Besar
perbezaannya tu.. risiko hanyalah perlu diambil setelah anda mempunyai
rancangan/cara untuk mengatasinya.. jika tidak.. usah memperjudikan
hidup anda.
3 - Sokongan Emosi
Emosi juga kadangkala boleh menjadi penyebab dan batu penghalang
kepada seseorang untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Perasaan
ragu-ragu dan tidak yakin kepada keupayaan diri sendiri seringkali
menghantui diri.
Untuk mengatasi masalah ini, anda perlulah menempatkan diri anda
dikalangan orang-orang yang positif dan memandang perniagaan itu
sebagai sesuatu yang baik & mulia . Sokongan keluarga juga amat
penting. Seelok-eloknya, dapatkan restu dari ibu, bapa, suami @ isteri
anda sebelum anda memulakan perniagaan anda sendiri.
4 - Takut
Takut adalah sesuatu yang subjektif… setiap orang mempunyai ketakutan terhadap sesuatu perkara yang berbeza-beza.
Ada sesetengah orang takut pada hantu..
Ada sesetengah orang takut untuk bersemuka dengan pelanggan yang garang..
Ada sesetengah orang takut untuk bercakap di hadapan orang ramai..
Ada sesetengah orang amat takut jika barang jualan mereka tidak laku..
Ada sesetengah orang takut perniagaan mereka gagal..
Untuk mengatasi masalah ini, anda perlulah mengenalpasti punca perasaan
takut tersebut. Kemudian, barulah anda boleh mencari jalan untuk
mengatasinya.
Contohnya..
Takut gagal dalam perniagaan.. maka anda perlulah menyediakan
perancangan yang rapi untuk perniagaan anda… jika anda takut ia tidak
lengkap.. dapatkan nasihat/pandangan daripada pakar@ orang yang
berpengalaman tentang rancangan perniagaan anda
Takut kehilangan pendapatan tetap dari pekerjaan makan gaji anda..
maka anda perlulah menyediakan bekalan kewangan yang mencukupi yang
dapat menampung perbelanjaan sara hidup anda..
Takut untuk melayan karenah pelanggan.. mungkin anda boleh upah seseorang untuk menguruskan pekerjaan itu..
Takut produk jualan tak laku… maka anda perlulah membuat kajian
“supply & demand” terlebih dahulu sebelum anda memulakan perniagaan
anda..
Takut kena ngurat dan hilang konsentrasi dalam perniagaan… kahwinlah cepat-cepat.. oh!
Kesimpulannya, itulah 4 perkara yang paling kerap menjadi penghalang
untuk seseorang memulakan perniagaan mereka sendiri, sama ada
perniagaan internet mahupun perniagaan konvensional.. jadi.. sekarang..
kenalpasti apakah faktor yang menjadi penghalang anda selama ini..
selepas itu.. cuba atasinya dan hapuskannya agar anda dapat memulakan
perniagaan anda sendiri.
Selamat berniaga & selamat menjadi usahawan… yosh!