New York tidak pernah tidur

September 21st, 2008 by sajidah-khai

BANDAR raya New York atau nama rasmi The City of New York merupakan bandar yang cukup berpengaruh di dunia. Sebut New York semua orang tahu ia kota raya yang cukup terkenal sebagai pusat perdagangan, kewangan, budaya dan hiburan.Malah pengaruhnya dalam keempat-empat bidang itu kepada dunia cukup besar. Dalam ekonomi misalnya jika pasaran saham New York ‘demam’ kesannya akan dirasai di seluruh dunia.

Begitu juga dalam bidang kebudayaan terutama fesyen dan hiburan. New York merupakan antara kota raya yang menetapkan trend dunia. Apa yang ada di sini pasti akan menjadi ikutan dan kegilaan di tempat lain.

Sebab itu ramai orang berangan-angan, bercita-cita atau menanam hasrat untuk datang di kota raya metropolitan ini.Kota raya ini merupakan bandar raya yang paling padat di Amerika Syarikat (AS). Kawasan metropolitan New York merangkumi tiga negeri mempunyai keluasan kira-kira 17,400 kilometer persegi dengan penduduknya hampir 20 juta orang.

Apa yang sebenarnya menjadikan kota raya ini begitu hebat seolah-olah tiada tandingan? Adakah kerana ia berada di bumi AS, maka ia digembar-gemburkan sebagai terlalu hebat hingga tiada tolok bandingnya?Walaupun dikejutkan dengan peristiwa serangan pada 11 September 2001 hingga meranapkan salah satu mercu tandanya, World Trade Centre, namun New York tetap berdiri, tetap berpengaruh dan tetap menjadi rujukan dalam apa juga bidang di dunia.

Dari segi penduduk, sebut apa saja keturunan di dunia semuanya terdapat di New York. Malah sesiapa saja boleh menjadi atau boleh berlagak sebagai warga New York atau New Yorker. Tidak ada klasifikasi yang menetapkan orang tertentu atau keturunan tertentu sahaja boleh dianggap sebagai warga New York. Itulah salah satu kelebihan kota raya ini.Kepelbagaiannya penduduknya cukup besar dan sangat kompleks. Jika anda berjalan-jalan di kota raya ini, anda akan dianggap sebagai New Yorker. Kebolehan berbahasa Inggeris bukan keutamaan untuk menjadi warganya. Ramai penduduknya tidak fasih berbahasa Inggeris, atau jika bercakap Inggeris pun dengan pelat masing-masing. Bukan semua bercakap lancar seperti yang dilihat dalam televisyen.

Berdasar kajian pada 2005, sebanyak 170 bahasa dipertuturkan di kota raya ini dan 36 peratus daripada penduduknya dilahirkan di luar Amerika Syarikat.

Mereka ini adalah golongan imigran yang datang untuk mencuba nasib dan merebut peluang ekonomi yang begitu banyak terdapat di New York. Tradisi kehadiran golongan pendatang ini bermula pada lewat abad ke-19 dan berterusan hingga ke hari ini.Mereka ini ada yang berjaya dan hidup senang lenang dan ada pula yang gagal serta terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan untuk hidup.Seperti kata seorang rakan, di sini kaum pendatang diberi layanan yang sama seperti warga negara. Jika mereka ada pengetahuan, kemahiran dan rajin bekerja mereka akan ‘diberi’ peluang bukan sahaja untuk hidup tetapi juga untuk berjaya. Tidak ada sekatan kepada mereka yang berusaha dan berkerja keras di sini.Sebab itu, New York yang dibuka pada tahun 1624 oleh Belanda dan pernah menjadi ibu negara AS dari tahun 1785 hingga 1790 terus berkembang seolah-olah tidak ada noktahnya.

Disebabkan polisi terbuka itu segala idea baru dalam apa juga bidang akan dibawa ke sini untuk dikembangkan.

Ia juga digelar bandar raya yang tidak pernah tidur ekoran sistem keretapi bawah tanahnya atau subway yang beroperasi 24 jam.Sistem subwaynya yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan (MTA) merupakan antara sistem pengangkutan awam yang paling berkesan di dunia. Dengan keseluruhan jaluran landasan sejauh 1,355 kilometer, ia mempunyai 468 stesen dan merupakan antara yang paling sibuk di dunia dari segi jumlah penumpang.

Sebab itu, tidak sah jika anda datang ke New York tetapi tidak mencuba sistem subwaynya. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk memahami sistem yang berselirat dan bersimpang siur. Tetapi dengan jumlah penduduk yang ramai hingga jalan raya di kota raya yang berpetak dan jarak diukur berdasarkan blok ini menjadi sesak, maka subway merupakan cara yang mudah, murah dan pantas.Manusianya juga bergerak pantas dan tidak pernah berhenti. Sama ada siang atau malam akan ada aktiviti yang menghidupkan kota raya ini.Siren bomba, ambulans dan polis juga tidak pernah putus berbunyi. Ia seolah-olah menjadi sebahagian daripada irama New York di mana hampir setiap minit akan kedengaran.Kombinasi semua inilah yang menghidupkan New York dan menjadikannya ia sebagai kota raya hebat yang cukup berpengaruh di dunia. Di sini lahirnya budaya baru dunia dalam semua bidang termasuk seni dan budaya. Dalam sastera dan seni visual ada Harlem Renaissance. Ekspresionis abstrak atau New York School dalam lukisan. Di sini juga lahir muzik seperti hip hop, punk, disco dan salsa selain teater broadwaynya yang terkenal.Disebabkan kepelbagaian penduduk dan budaya, di sini juga lahir segala macam budaya dan pengaruh negatif yang dieksport hampir ke setiap pelosok dunia.

Jom sama-sama kita menjana pendapatan.

September 3rd, 2008 by sajidah-khai

Salam Sejahtera sekali lagi
kepada semua pembaca blog ini. Saya sertakan gambar ini, bukanlah berniat untuk
menunjuk-nunjuk, tetapi inilah yang akan anda perolehi dari penyertaan
"Program Kutu Pintar". Saya mengharapkan agar ianya akan menjadi
pembakar semangat kepada semua rakan-rakan yang telah pun menyertai program
ini, atau sebagai sumber inspirasi kepada anda semua. Sebenarnya…..
"ANDA
JUGA BOLEH MENJADI SEPERTI SAYA"
sekiranya anda benar benar
berusaha dan yakin dengan apa yang dilakukan. Bersedia untuk melakukan
perubahan
"MINDA" kerana saya amat percaya
bahawa minda kita adalah pencetus kepada kejayaan atau kegagalan hidup kita.
Lakukannya dengan jujur dan ikhlas, tidak mudah berputus asa dan sentiasa ingin
berkongsi dan membantu insan-insan yang memerlukan. Setelah masuk bulan ke
empat (4) saya menyertai program ini, saya ingin kongsikan beberapa perkara
yang perlu kita fahami dan yakini seandainya kita ingin beroleh kejayaan…….

1. Yakin - Yakin dan percaya sepenuhnya dengan apa yang kita lakukan.

2. Ilmu - Kita mesti mempunyai ilmu untuk menjadi mahir dan sekiranya
boleh
menjadi yang terbaik. Jangan jemu untuk terus belajar , bertanya
dan kongsikan ilmu tersebut dengan orang lain pula.

3. Usaha - Berusahalah tanpa mengenal erti penat, jemu, jangan mudah
berputus-asa dan cepat mengalah.

4. Tekun - Sesuatu yang kita lakukan mestilah berterusan. Mungkin
kita bermula
dengan perlahan tetapi tanpa henti.

5. Jujur -
Bersikap jujur dan ikhlas bila melakukannya dan lakukan dengan betul
dan tepat.

6. Doa -
Selalu berdoa semoga beroleh kejayaan dan di permudahkan urusan.

7. Tawakal -
Bertawakal setelah semua perkara telah dilaksanakan.

Sekiranya anda mengamalkan semua langkah di atas……………………

"
KEJAYAAN ADALAH MILIK ANDA "

 

Cara Penyertaan :

Pakej RM 121.00
1. Beli Wang Pos bernilai RM 10.00 x 11 keping = RM 110.00
2.
Sampul Pos Ekspress Kecil (220mm x 110mm) x 1
keping = RM 2.50

3.
Sampul Pos Ekspress Sedang ( 229mm x 162mm)
x
1 Keping = RM 3.00
4.
Bayaran Tax/Dalal x 11 keping Wang Pos x 0.50 = RM 5.50

Jumlah Bayaran RM 121.00

Apa yang perlu dilakukan ?

1. Dapatkan/cetak borang penyertaan dan isi kesemua
ruangan yang diperlukan.

2. Baca dan fahami "AKAD" yang tertulis di ruangan paling bawah dan pastikan anda
menandatangani borang tersebut sebelum ke langkah seterusnya.

3. Tulis nama dan nombor kad pengenalan peserta awal seperti yang tercatit
didalam borang penyertaan mengikut nama yang telah di senaraikan (Peserta No 1,2,3,4,5,6.7 & 8)

4. Tulis nama dan nombor kad pengenalan sebanyak 2 keping x Wang Pos
(Nama peserta yang memperkenalkan program ini kepada anda) - Sumbangan Penajaan

5. Terakhir, tuliskan 1 keping x Wang Pos atas
nama
EIGHT AUGUST RESOURCES
sebagai sumbangan kerana mengendali dan menguruskan program ini untuk anda.

Contoh :

a. 8 keping x RM 10.00 Wang Pos = RM 80.00 (Peserta Awal)
b.
2 keping x
RM
10.00 Wang
Pos =
RM 20.00 (Sumbangan Kpd Pengenal)
c.
1 keping x
RM
10.00 Wang
Pos =
RM 10.00 (Sumbangan Pengurusan)
d.
Pos Ekspress & Tax = RM 11.00

Jumlah Bayaran RM
121.00

6. Setelah semuanya telah dibuat, sampul pos ekspress yang bersaiz kecil tadi, hendaklah di tuliskan nama dan alamat sendiri di ruangan kepada…..Pastikan anda telah mengoyakkan slip disisi Wang Pos untuk rujukan/simpanan.

7. Masukkan borang penyertaan dan semua Wang
Pos ke dalam
"Sampul Pos Kecil" dan jangan di gam/tutup

8. Masukkan pula sampul surat kecil tadi ke dalam sampul "Surat Sedang"
dan di
poskan pada Eight August Resources (Alamat tercatit di borang penyertaan)

 

*Amat penting anda
mengikut arahan yang di beri. Kegagalan berbuat demikian seperti nama atau no
kad pengenalan tersilap tulis, alamat tidak lengkap, jumlah wang pos tidak
mencukupi atau tiada wang pos atau borang penyertaan di sertakan semasa
menghantar permohonan, akan mengakibatkan permohonan anda tidak dapat di
proses/tolak atau borang penyertaan/wang pos dari penajaan anda untuk peserta
baru tidak dapat dihantar/terima.*

 


SIAPA YANG ANDA BOLEH PERKENALKAN PROGRAM INI ?

1. Isteri , anak anak, adik beradik , ahli keluarga serta rakan rakan

2.Pelajar pelajar Institusi Pengajian Tinggi

3.Syarikat syarikat berdaftar ROB @ ROC

4.Persatuan persatuan NGO spt. Pertubuhan anak yatim, Ibu tunggal, Persatuan
Penjaja, Koperasi, Persatuan penduduk, AJK Masjid dsbnya.(Yang berdaftar
sahaja)

5.Warga asing yang mempunyai passport yang sah.

6.Semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa berumur 12 tahun ke atas.

BAGAIMANA NAK PERKENALKAN PROGRAM INI ?

1. Internet
2. Pos
3.Media Cetak (Iklan kan di Suratkhabar @ majalah)
4.Menyertai karnival-karnival jualan.
5. SMS
6. Memperkenalkan secara terus kepada bakal peserta anda.

TIPS : Buat senarai bakal peserta (prospek) anda dengan menyenaraikan nama nama
:-

1. Ahli keluarga
2. Rakan rakan (Mungkin boleh di perolehi dari phonebook handphone anda
sendiri)
3, Persatuan persatuan
4. Syarikat syarikat.

Selepas semua nya telah disenaraikan, "MULAKAN
LAH LANGKAH ANDA UNTUK SAMA-SAMA BERKONGSI DENGAN RAKAN PINTAR ANDA SEMUA
PELUANG, PESERTA DAN SUMBANGAN MELALUI PERKONGSIAN BIJAK BERKONSEPKAN
"INSAN BANTU INSAN"

Kutupintar1gif

Permainan pasir bantu kanak-kanak luahkan perasaan marah

August 24th, 2008 by sajidah-khai


 


“ENTAHLAH doktor. Saya pun tak tahu apa yang tak kena dengan Fariz
tu. Asyik nak meradang sejak saya kahwin lagi. Bila tanya, senyap pula.
Tak tahu dengan siapa yang dia marah. Saya ataupun ibu barunya tu,” adu
Amir mengenai anaknya yang berumur tujuh tahun itu.Mungkin ramai ibu bapa yang mengalami situasi sebegini. Kebanyakan
penyelesaian yang diambil ialah memarahi, menghukum atau lebih teruk,
memukul tanpa mengetahui punca kemarahan si anak.

Tidak dinafikan, kanak-kanak, tanpa mengira usia dan jantina, turut
dihimpit dengan perasaan marah dan mengalami ketegangan jiwa seperti
yang dihadapi oleh golongan dewasa.Kesukaran untuk meluahkan kemarahan mereka dengan cara yang betul
dan memilih ‘membuat perangai’ atau marah kepada ibu bapa mereka
akhirnya mewujudkan ruang dendam dalam diri mereka yang seterusnya
dibawa ke alam dewasa.Bagi Pakar Psikologi Kanak-kanak di Pusat Psikologi Malaysia, Dr.
Mark Pearson, kaedah permainan mampu membantu kanak-kanak pemarah ini
meluahkan perasaan mereka.

PASIR merupakan elemen semula jadi yang menenangkan. – Gambar hiasan



“Adaptasi kegemaran kanak-kanak seperti bermain pasir dan barang
permainan secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka meluahkan
apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan,” ujar beliau.

Ujar Pearson, penggunaan terapi permainan pasir membuatkan
kanak-kanak lebih rileks. Pemilihan objek juga dapat memberi gambaran
apa yang dirasakan oleh mereka.

“Semasa terapi dijalankan, kanak-kanak tersebut tidak sedar mereka
sedang meluahkan perasaan. Di akhir setiap sesi, jiwa mereka menjadi
lebih rileks,” katanya.Justeru pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak
pasir menjadi simbol terhadap perasaan mereka, sama ada marah, benci,
sayang dan sebagainya.

Secara teori, pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan
ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus
dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan.“Melalui cara tersebut, kaunselor dapat mengenal pasti masalah dan
seterusnya membantu ibu bapa mengenai cara mengatasi kemarahan
kanak-kanak tersebut,” katanya.

PEMILIHAN barang permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir dapat menggambarkan perasaan mereka.



Lebih menakjubkan, selepas menjalani terapi ini, kanak-kanak ini
berjaya meningkatkan ‘kuasa’ menangani perasaan marah dalam diri
mereka.

Tambah Pearson, teori yang dicipta oleh Dora Kalff ini memberi ruang
tersendiri kepada kanak-kanak untuk berekspresi dengan kotak pasir
tersebut dalam suasana tenang.

“Bukan saja ciptaan yang mereka bina di dalam kotak pasir itu
meredakan kemarahan, kepuasan tersebut membuatkan wujudnya rasa percaya
terhadap kebolehan mencipta dalam diri mereka,” katanya.Tidak sekadar itu, pakar juga mendapati daya imaginasi dan
penggunaan visual kanak-kanak ini turut berkembang dan adakalanya
melepasi jangkaan.

Di samping itu, kaedah ini mampu mencapai objektif kerana teknik
melukis yang selalu digunakan sering gagal disebabkan kanak-kanak
merasakan mereka tidak pandai melukis.“Lukisan saya buruk menjadi antara faktor terapi melukis kerapkali
gagal namun dengan permainan pasir ini, kanak-kanak tidak terikat
dengan buruk atau cantik sesuatu ciptaan,” ujarnya.Dalam pada itu, terapi ini bukan saja membantu kanak-kanak pemarah
malah dalam satu aspek lain, ia turut menolong orang dewasa membuat
keputusan.“Apabila kita rileks, kadar penumpuan kita akan menjadi lebih tinggi
dan ini akan membawa kepada pusat permasalahan yang utama,” jelasnya. –
SHANIKA ABDULLATIB

Kolam renang bermuzik

August 24th, 2008 by sajidah-khai


REHATKAN fikiran badan dalam kolam jakuzi.


DIMILIKI dan diuruskan oleh Sun Hung Kai Properties Limited, Hotel
Royal Plaza yang berpangkalan di Mongkok, Kowloon antara hartanah hotel
yang terbesar di Hong Kong.Lokasinya berhampiran dengan stesen rel MTR Mong Kok Timur, yang
hanya mengambil masa 40 minit ke China dan Lapangan Antarabangsa Hong
Kong membuatkan hotel ini sentiasa mendapat tempahan pengunjung dan
ahli perniagaan.* Konsep hotel: Rekaan yang mewah. Menyediakan 693 bilik hotel dalam
pelbagai saiz dan kategori. Hiasan dan dekorasi bilik pula berdasarkan
keluasan bilik bermula dari 350 hingga 1,500 kaki persegi.Lebih menarik lagi apabila hotel ini bersambung dengan pusat
beli-belah Grand Century Place yang terbesar di Mong Kok dengan
menyediakan lebih 200 buah kedai, restoran dan panggung wayang.


BILIK sauna untuk memanaskan badan..


* Menawarkan: Selain dewan serbaguna yang luas untuk mengadakan
seminar, majlis keraian dan perkahwinan, Hotel Royal Plaza juga popular
dengan Kelab Kesihatan Definition.

* Keistimewaan: Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan disediakan.
Antaranya gim yang menempatkan pelbagai jenis peralatan bersenam.
Semasa bersenam menggunakan mesin treadmill anda boleh menonton televisyen.

Anda juga berpeluang merendamkan badan dalam jakuzi atau berenang di kolam renang dengan dendangan muzik yang mengasyikkan.


DEKORASI bilik berdasarkan kategori dan keluasan.


Panaskan badan di bilik sauna dan dapatkan perkhidmatan urutan aromaterapi di Vitalia Corner.

* Lokasi: Hotel Royal Plaza, 193 Prince Edward Road West, Kowloon, Hong Kong. Hubungi (852) 29288822 atau layari laman web www.royalplaza.com.hk.

Siapa kata Asia tidak boleh takluk dunia ?

August 24th, 2008 by sajidah-khai

China kuasa baru Sukan Olimpik


 


BEIJING - China bukan sahaja berjaya dari aspek penganjuran, malah
negara Asia itu juga telah mencipta sejarah tersendiri apabila muncul
negara paling berjaya dari segi pungutan pingat emas.Dengan kejayaan meraih 51 emas iaitu yang kedua terbesar sejak
Kesatuan Soviet meraih 55 emas di Seoul pada tahun 1988, ia sudah cukup
untuk meletakkan China selaku juara keselu- ruhan buat pertama kalinya
pada temasya terbesar dunia ini.Selain memenangi pingat dalam 25 acara sukan berbeza, China juga
buat pertama kalinya berjaya meraih pingat daripada sukan yang dikuasai
negara Eropah seperti mendayung, bola tampar pantai dan hoki.

Untuk rekod, China berjaya menamatkan penguasaan Amerika Syarikat
dan Kesatuan Soviet (Rusia), iaitu dua kuasa utama yang berjaya
menguasai pungutan pingat emas pada temasya Olimpik sejak tahun 1936.Secara keseluruhannya, tuan rumah itu meraih 51 emas, 21 perak dan 28 gangsa.Sementara itu, Amerika buat pertama kalinya gagal mengungguli
kedudukan pingat emas sejak tahun 1992 apabila sekadar berada di tempat
kedua dengan 36 emas.Begitupun, kuasa utama dunia itu masih boleh berbangga apabila
muncul pasukan paling banyak meraih pingat pada temasya kali ini iaitu
dengan 110 pingat, 10 pingat mengatasi China.

Britain pula yang bakal menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2012 di
London mencipta kejayaan terbesar di pentas Olimpik apabila meraih 19
emas untuk berada di tempat keempat di belakang Rusia yang mengumpul 23
emas.Selain menguasai acara lumba basi- kal dan mendayung, perenang muda
berusia 19 tahun, Rebecca Adlington berjaya memecahkan tradisi di kolam
renang apabila meraih dua pingat emas.
Begitupun, Rusia mungkin muncul pasukan yang mencatat keputusan
hambar pada temasya kali ini apabila sekadar berada di tempat ketiga
dengan 23 emas dan 72 secara keseluru- hannya.


ATLET China buktikan kehebatan di bumi
sendiri.


Catatan itu jauh merosot berbanding 27 emas dan 92 secara
keseluruhan yang diraih di Athens empat tahun lalu. Jerman dan Jepun
turut mengalami kemerosotan dari segi pungutan pingat."China mempunyai sasaran sistematik dalam setiap acara yang mampu
menghadirkan pingat. Jadi, kami akan melakukan perkara yang sama pada
masa akan datang," jelas pengerusi Jawatankuasa Olimpik Amerika, Peter
Ueberroth.Begitupun, andai jumlah penduduk dijadikan faktor kejayaan, China
sememangnya layak untuk melakukannya berdasarkan kepadatan penduduk
yang mencecah 1.3 bilion.Berbeza dengan beberapa negara kecil, kekurangan itu nyata bukan faktor untuk mereka gagal bersaing pada temasya Sukan Olimpik.

 



Jamaica sebagai contohnya, selain memiliki manusia terpantas di
dunia, Usain Bolt yang meraih tiga emas, negara yang mempunyai jumlah
penduduk seramai 2.7 juta orang itu secara keseluruhannya mengumpul 11
pingat.Australia pula dengan 21.4 juta penduduk bangga dengan 46 kilauan
pingat dengan statistiknya satu pingat untuk 465,000 penduduk.Dalam pada itu, sebaliknya berlaku kepada beberapa negara besar yang
gagal meraih sebarang pingat seperti Pakistan, Filipina dan Bangladesh.

Sementara itu, Kenya yang berdepan dengan konflik politik, tetap
berjaya menyediakan kontijen terbaik apabila meraih 14 pingat secara
keseluruhannya termasuk lima pingat emas.

Dua pelari negara Habsyah pula, Kenenisa Bekele dan Tirunesh Dibaba
pula melakar sejarah baru apabila masing-masing memenangi emas berganda
dalam acara 5,000 dan 10,000 meter.Secara keseluruhannya, negara benua Afrika memenangi 40 pingat, iaitu kejayaan terbesar dalam sejarah Olimpik.


CHEN XIEXIA raih emas pertama China.


Ini termasuklah kejayaan meraih pingat sulung oleh Togo (kanu),
Mauri- tius (tinju), Sudan (800m). Turut meraih pingat sulung ialah
Tajikstan, Bahrain dan Afghanistan.

Rachid Ramzi (1,500) dari Bahrain, Irving Saladino (lompat jauh)
dari Panama dan atlet Mongolia, Naidangiin Tuvshinbayar (judo) pula
berjaya menyumbang pingat emas pertama buat negara masing-masing.

DYMM Tuanku Mizan terlalu unggul

August 24th, 2008 by sajidah-khai


TUANKU MIZAN memberi minum kepada Magna Thor ketika menyertai Kejohanan Pahang-Penn Endurance Challenge 2008 kelmarin.


YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin muncul juara
kategori 100 kilometer pada Kejohanan Pahang-Penn Endurance Challenge
2008 di Pantai Cherating semalam.Tuanku Mizan yang menunggang kudanya, Magna Thor bagi mewakili
pasukan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) mencatat masa 8 jam 17
minit dan 17 saat untuk menewaskan Asri Abd. Aziz di tempat kedua
dengan catatan masa 8′17:55s.Tempat ketiga pula dimenangi oleh peserta Ar-Raudhah Equine Centre, Datuk Mohd. Shuaib Ishak yang mencatat masa 8′21:14s.

Sementara itu, penunggang pasukan Ar-Raudhah Equine Centre,
Shamsuddin Ab. Roni, mengungguli kategori 60km apabila muncul juara
dengan cacatan masa 4′42:51s.Tempat kedua dimenangi Yusnar Yusup dari pasukan Bukit Kiara
Equestrian Club dengan catatan masa 4′42:52s manakala rakan
sepasukannya, Mohd. Azhar Ariffin menghuni tempat ketiga dengan catatan
4′59:33s.Bagi kategori 20km, peserta Penn Endurance Club, M. Syafiq Hakimi
muncul juara selepas mencatat masa 1′40:01s diikuti Datuk Mokhtar Haron
(1′40:02s) dan Rosli Endut dari Penn Endurance Club di tempat ketiga
(1′40:03s).Selain muncul juara kategori 100km, pasukan yang dianggotai Tuanku
Mizan, RTES turut memenangi anugerah berpasukan bagi kategori yang sama.

Kejayaan baginda dilengkapkan lagi dengan kemenangan kudanya, Magna Thor yang dipilih sebagai kuda terbaik sepanjang kejohanan.Pahang-Penn Endurance Challenge 2008 merupakan acara pemanas badan
sebelum Kejohanan World Endurance Challenge (WEC) pada 6 hingga 9
November di Lembah Bidong, Terengganu

Beijing Berjaya

August 24th, 2008 by sajidah-khai


PERCIKAN bunga api menyinari ruang udara Stadium Nasional Beijing malam tadi.


DALAM suasana meriah dengan percikan bunga api, London malam tadi
secara rasminya mengambil alih teraju Sukan Olimpik daripada China.Terdahulu, kontinjen China pasti mahu merayakan kejayaan mereka
muncul juara keseluruhan Sukan Olimpik XXIX selepas meraih 51 emas,
sekali gus mengetepikan Amerika Syarikat buat pertama kali pada temasya
Olimpik.Amerika Syarikat yang selama ini dianggap kuasa Sukan Olimpik
sekadar berpuas hari di tangga kedua dengan kutipan 36 pingat emas.Datuk Bandar London, Boris Johnson menerima bendera Olimpik yang
terpapar lambang lima relung berangkai dari presiden Jawatankuasa
Olimpik Antarabangsa (IOC) Jacques Rogge dalam upacara penyerahan
bendera yang cukup simbolik.

Di tengah-tengah sambutan itu, Rogge memulakan ucapannya dengan
menyebut Sukan Paralimpik yang akan berlangsung bulan depan sambil
mengucapkan maju jaya kepada atlet Orang Kurang Upaya (OKU).Dalam satu lagi detik istimewa malam tadi, Kenya diberi penghormatan
apabila atletnya, Samuel Wansiru yang muncul juara acara maraton lelaki
menerima pingat emasnya daripada Rogge, satu penghormatan yang tidak
pernah dilakukan sebelum ini pada majlis penutupan Olimpik.Ribuan atlet serta peminat membanjiri Stadium Nasional Beijing bagi
meraikan majlis penutupan Sukan Olimpik XXIX yang telah berlangsung
selama 17 hari.

Pada majlis yang sama, beberapa artis terkenal turut membuat
persembahan. Antaranya ialah penyanyi Leona Lewis serta gitaris, Jimmy
Page dari kumpulan Led Zeppelin.Menghangatkan suasana apabila bintang bola sepak England, David Beckham turut membuat gimik di atas pentas khas.Buat pertama kalinya juga, kontinjen Malaysia diketuai pembawa
bendera wanita dengan penerjun muda, Elizabeth Jimie diberi
penghormatan tersebut.Kontinjen Malaysia yang menampilkan 33 atlet pada temasya kali ini
berjaya membawa pulang satu pingat perak menerusi jaguh badminton, Lee
Chong Wei.

Sila Berkunjung Ke Terengganu …

July 5th, 2008 by sajidah-khai

Perasaan menjejak kaki di atas pasir pantai yang memutih,
menghayati keindahan alam, bergaul mesra dengan masyarakat yang tidak
berkejar dengan waktu, adalah anugerah sejurus tiba ke pulau-pulau di
negeri ini.


SAMA ada bercuti di Pulau Redang, Perhentian, Kapas atau Lang Tengah, kedamaian seperti ini tersaji di depan mata.


JIKA berjalan lancar, tiada yang boleh mencacatkan agenda percutian
di sini. Biar iklim tropika memancar dengan suhu sekitar 30 darjah
Celcius dengan sekali-sekala diacah ribut petir, destinasi indah di
perairan Pantai Timur ini jarang sekali menghampakan mereka yang mahu
lari daripada kesibukan kota batu.

PENGUNJUNG Pantai Mak Kepit di Pulau Redang  leka melihat seekor penyu agar  kembali ke laut selepas  bertelur.



Terengganu sememangnya bertuah kerana dikurniakan pulau-pulau magnet
pelancongan seperti Pulau Redang, Perhentian, Lang Tengah dan Kapas.
Setiap satu membawa tarikan tersendiri. Namun keindahan khazanahnya
saling berangkai antara satu sama lain.

"Pulau-pulau ini sungguh istimewa kerana manusianya serta segala
yang ada sejak lama dahulu," teringat kata seorang penduduk kampung di
Perhentian Kecil dalam pekat loghat negeri. Barangkali dia kini sedang
sibuk melayan tetamu luar yang berkunjung, apatah lagi canang Tahun
Melawat Terengganu 2008 sedang rancak dipukul.

PERMAINAN wau yang mengujakan penonton di tepi pantai.



Dia memaksudkan warisan budaya, adat tradisi dan rahsia alam semula jadi yang sekian lama menjadi aset paling berharga.

Sama seperti pulau-pulau lain di perairan negeri ini, Pulau Redang
paling banyak disebut-sebut. Terkenal dengan airnya yang jernih dan
pada kebanyakan masa membiaskan warna firus, ia menyegerakan panggilan
untuk membasahkan diri bagi sesiapa yang tiba dari Jeti Merang atau
Jeti Shahbandar di Kuala Terengganu.

Berbanding Pulau Perhentian yang lebih diminati golongan backpacker,
Redang dilihat sebagai destinasi yang up-market kerana kebanyakan pusat
penginapannya bergaya resort.

ANTARA kegiatan  sosioekonomi orang kampung yang berkait rapat dengan laut.



Namun walau apa pun bajet dan tujuan kedatangan, mencari tempat
bermalam bukan sesuatu yang sukar. Menempah lebih awal walau
bagaimanapun sangat digalakkan.

Di mana pun anda menginap, aktiviti seperti snorkeling, selam skuba,
rentas hutan dan singgah pulau (island hopping) boleh dilakukan dengan
keperluan minimum dan kos yang berpatutan.

Jika sesuai dengan musimnya, seseorang boleh menyertai keseronokan
acara khas seperti mencandat sotong (sekitar bulan Mei), melihat penyu
bertelur (lokasi seperti Pantai Mak Kepit, Pulau Redang) atau mendekati
pelbagai program pengkayaan sejarah dan warisan pulau.

PULUT panggang yang berinti ikan menjadi snek popular selain  keropok lekor.



Umpama permata zamrud yang berserakan, semua pulau-pulau ini
memiliki elemen penarik seperti pantai memutih, penginapan bergaya
serta hamparan laut yang menyimpan taburan lokasi terumbu karang yang
menjadi habitat ribuan spesies hidupan marin.

GAYA santai mewah sambil
menghadap laut seperti ini mudah ditemui di beberapa buah penginapan
bertema resort di sepanjang hamparan pantai Pulau Redang.



Apakah lagi yang boleh menambah nilai kunjungan? Selain beriadah
dengan perlawanan bola sepak pantai atau bola tampar dengan anak muda
tempatan, mungkin ada yang tertarik pada aktiviti eksklusif tepi pantai
ini - menaikkan wau! Permainan tradisi berseni ini bukan calang-calang
tangan boleh berjaya melayangkannya ke udara.

Tidak dilupakan, aura mistik dan pesona yang hebat juga dirasakan
jika pihak hotel menghadiahkan tetamu dengan persembahan kebudayaan
Ulek Mayang. Dendang instrumen dan nyanyian merdu dalam bait-bait lagu
cerita dongeng ini sudah lama memukau pelancong asing.

SELAIN penganjuran Piala
Monsun pada musim tengkujuh, aktiviti mencandat sotong turut tersenarai
dalam kalendar pelancongan negeri.



Paling tidak, hayati sahaja panorama alam dan aktiviti harian
masyarakat tempatan. Nelayan yang pulang dengan habuan samudera, atau
orang kampung yang mengeringkan ikan dan sotong begitu mengujakan
pencinta fotografi.

Oh ya, jangan sesekali ditinggalkan yang satu ini - sekadar
bersantai dan menghabiskan masa di atas kerusi malas sambil dibelai
bayu laut. Mulut pula leka menjamu delikasi tradisi seperti keropok
lekor, pulut panggang atau satar. Aduh, enaknya sebuah percutian!

Prosedur Berpakaian Oleh MPKB

June 24th, 2008 by sajidah-khai


SEORANG gadis menunjukkan pekeliling arahan cara berpakaian bagi Muslimah yang dikeluarkan MPKB-BRI di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) - Bandar Raya
Islam (BRI) menjelaskan ia tidak pernah melarang golongan Muslimah di
bandar itu memakai gincu.

Sebaliknya menurut Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Md.
Daham, arahan yang dikeluarkan ialah larangan solekan yang jelas
dilihat.

Arahan tersebut membabitkan golongan Muslimah pemegang lesen dan yang bekerja dalam kawasan MPKB-BRI.

"Walau pun mereka yang ingkar dengan arahan ini boleh dikenakan
denda sehingga RM500, tetapi pendekatan dakwah MPKB-BRI lebih menjurus
kepada mendidik dan bukan mencari kesalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan laporan Bernama semalam yang menyatakan majlis tersebut melarang golongan tersebut memakai gincu.

Jelasnya, arahan yang diedarkan tidak menyatakan pemakaian gincu dilarang.

Menurut Azman, arahan tersebut turut membabitkan pemakaian tudung dan pakaian yang sopan.

Katanya, sejak dua tahun lalu, MPKB-BRI memperjelaskan perkara
tersebut kepada orang ramai khususnya golongan wanita muda beragama
Islam melalui kempen Cakna Anak Muda dan hasilnya amat positif.

"Mesejnya jelas iaitu untuk mengelak berlaku kejadian tidak diingini
seperti rogol dan jenayah seksual yang kerap menjadi ancaman wanita,"
ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurutnya lagi, Muslimah yang bekerja mengendalikan peremis makanan
dan bukan makanan juga tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi
yang mengeluarkan bunyi.


 


Arahan tersebut termaktub sebagaimana yang diperuntukkan mengikut
Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam
(MPKB-BRI) 1986.

Jangan bangga berpoligami

June 22nd, 2008 by sajidah-khai

Kebenaran berpoligami bukanlah satu perkara yang boleh
dibanggakan lelaki. Sebaliknya, poligami adalah satu tanggungjawab yang
amat berat dan besar.


PERASAAN enggan berkongsi, boleh menimbulkan pergaduhan di antara suami dan isteri-isterinya. - Gambar hiasan.


PADA saat ini, poligami semakin terbuka diamalkan oleh lelaki. Ini
dibuktikan apabila kebelakangan ini, pihak media tempatan kerap
melaporkan soal perkahwinan yang melibatkan poligami. Bukan itu sahaja,
gambar pengamal poligami bersama isteri-isterinya turut dipaparkan di
media. Tampak jelas kebahagiaan terpancar pada wajah setiap isteri yang
terlibat. Lebih-lebih lagi, wajah sang suami yang tentunya tersenyum
lebar kerana berjaya mengurus kesemua isteri dengan baik.

Namun, tidak semua poligami berakhir dengan gembira dan bahagia.
Hanya beberapa individu tertentu sahaja yang bertuah dapat menikmatinya.

Ini kerana apabila membincangkan soal poligami, ramai yang menuding
jari ke arah pasangan masing-masing untuk saling tuduh menuduh terhadap
punca masalah. Kata-kata seperti tidak sehaluan, perlukan kasih sayang
yang lebih, layanan tidak semesra dahulu atau mempunyai kewangan kukuh
menjadi antara faktor pendorong suami berkahwin lagi.

Namun, apakah perlu suami mencanangkan hal ini kepada umum semata-mata mahu berkahwin kali kedua, ketiga atau keempat?

"Perkahwinan sememangnya perlu dihebahkan dan diuar-uarkan kepada
orang ramai. Namun, tidak perlulah ia disebarkan ke seluruh pelosok
negara atau dunia. Memadai, berita gembira ini diumumkan kepada
masyarakat umum yang berhampiran."

"Tujuan hebahan adalah bagi mengelakkan fitnah dan agar masyarakat setempat tahu pasangan tersebut telah berkahwin secara sah".Begitulah penjelasan seorang Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman
Syarie, Suzana Ghazali apabila mengulas hal berkaitan poligami.Menurutnya, berkahwin lebih daripada satu atau poligami menjadi
bukti kesempurnaan hukum Islam kerana dapat mengelakkan manusia
daripada melakukan zina atau memiliki perempuan simpanan yang pastinya
hanya menzalimi diri dan wanita."Namun begitu, poligami diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh tanggungjawab."Dalam kes perkahwinan poligami, keadaan juga adalah serupa. Tetapi
hasrat dan keinginan untuk berpoligami (masih dalam perancangan)
sewajarnya tidak didedahkan kepada umum kerana hasrat tersebut masih
belum mempunyai keputusan yang muktamad.

"Permohonan untuk berpoligami boleh diterima dan boleh juga ditolak
di pejabat agama. Bagi permohonan yang diterima, alhamdulillah…Tetapi
jika ditolak, ia boleh menimbulkan kesan buruk terutama kepada pemohon
dan bakal pasangannya," jelas Suzana.Walaupun kemungkinan besar permohonan poligami akan diterima, namun
kata Suzana, hasrat dan keinginan tersebut tetap tidak wajar dihebahkan
di seluruh negara berdasarkan alasan berikut:


 


Poligami bukan untuk dibanggakan

*** Kebenaran berpoligami bukanlah satu perkara yang boleh
dibanggakan oleh lelaki. Sebaliknya, poligami adalah satu tanggungjawab
yang amat besar. Kegagalan melaksanakan poligami seperti yang
disarankan oleh syarak boleh meletakkan seorang lelaki itu berdosa
besar.

*** Menurut Doktor Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan
ke bahasa Melayu oleh Fathurrahman (1988), poligami adalah perkara
harus dan satu rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat.

Katanya, ia bukanlah satu perkara yang wajib dilaksanakan. Bahkan
jika diamati, ia boleh membawa kepada suatu tegahan dan haram hukumnya
jika suami yang berpoligami tidak berupaya berlaku adil sehingga
mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri-isteri yang dikahwini.

Menimbulkan hasrat yang serupa kepada lelaki lain

*** Hebahan hasrat seseorang lelaki untuk berpoligami boleh
menimbulkan atau menyemarakkan hasrat yang sama kepada lelaki lain.
Fitrah seorang lelaki pasti mempunyai kehendak untuk berpoligami sama
ada pernah diluahkan atau terpendam. Bezanya, tidak semua lelaki layak
untuk berpoligami.

*** Seorang lelaki yang ingin berpoligami perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:

*Mampu menanggung nafkah isteri-isteri: Suami wajip menanggung
nafkah isteri zahir dan batin, tidak kira sama ada dia mempunyai
seorang isteri atau lebih. Nafkah zahir yang dimaksudkan di sini ialah
dari aspek makan, minum, pakaian, kediaman dan perubatan. Nafkah batin
pula ialah suami berkeupayaan dalam memberi layanan seks yang adil
kepada semua isteri-isterinya.

*Berlaku adil kepada isteri-isteri. Menurut Abu al-’Aynayn, keadilan
bermaksud penyamarataan terhadap semua isteri tanpa wujud pilih kasih
di antara mereka. Ia termasuk interaksi yang baik di antara suami
isteri yang meliputi perbuatan, tutur kata dan akhlak. Keadilan ini
wajib dijelmakan di dalam beberapa aspek iaitu nafkah, pakaian,
penempatan, giliran bermalam dan musafir.

Adil dalam menyediakan kediaman

Sebagaimana pemberian nafkah, suami juga perlu menyediakan tempat
tinggal isteri baik dalam keadaan monogami atau poligami. Apabila
berpoligami, kediaman isteri seboleh-bolehnya diasingkan sebagai suatu
inisiatif untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu
isteri.Pengasingan bergantung kepada kemampuan seseorang suami yang tidak
semestinya menyediakan sebuah rumah untuk setiap isteri, bahkan
dibolehkan juga disediakan bilik-bilik berasingan dalam satu rumah yang
sama.Dari segi psikologi, menempatkan isteri-isteri dalam rumah yang sama
akan memudahkan mereka berselisih faham yang boleh melukakan perasaan.

Adil dalam giliran bermalam

Suami wajib menentukan kadar giliran bermalam yang adil di antara
isteri-isterinya tanpa mengira sama ada isterinya itu isteri muda,
isteri tua dan sebagainya. Suami berdosa jika memberikan giliran lebih
banyak kepada salah seorang isteri berbanding dengan isterinya yang
lain.Di samping itu, keadilan dalam giliran malam ini masih juga relatif
sifatnya dan perlu dinilai mengikut situasi seseorang isteri. Ia boleh
dilonggarkan apabila ada kerelaan daripada mana-mana isteri tersebut.

Adil dalam musafir


SEBUAH majalah yang memaparkan tentang baik dan buruk amalan poligami di Indonesia. -  Gambar hiasan.


Menurut pendapat Imam Syafie, suami wajib membuat undian di antara
isteri-isteri sekiranya beliau menginginkan salah seorang daripada
mereka menemaninya bermusafir.Dengan ini, suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada
isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya. Berbeza
keadaannya, jika undian tidak dibuat dan tiada kerelaan mana-mana
isteri.Bagaimanapun, mazhab Hanafi berbeza pandangan dalam hal ini dengan
mengatakan suami tidak wajib membuat undian untuk memilih isteri yang
menemaninya ketika musafir.

*** Menurut peruntukan Undang-undang Keluarga Islam, seseorang hanya dibenarkan untuk berpoligami sekiranya:

*Perkahwinan yang dicadangkan ini adalah patut dan perlu
memandangkan keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani,
tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar
mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila.

*Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk
menanggung semua isteri dan tanggungannya termasuk orang yang bakal
ditanggungnya berikutan perkahwinan yang baru.

*Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak.

*Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie kepada isteri.

Boleh menyebabkan pergaduhan

*Fitrah wanita ialah tidak dapat menerima perkongsian suami walaupun
sejak kebelakangan ini terdapat beberapa kes yang mengenengahkan kepada
umum isteri-isteri sedia ada menyokong permohonan suami berpoligami.
Sokongan bukan bererti kerelaan penuh kerana sudah pasti, ada sedikit
rasa terluka apabila suami berhasrat ingin berpoligami.

*Dengan perasaan enggan berkongsi itulah, boleh menimbulkan pergaduhan dan memberikan tekanan kepada kedua-dua pihak.

*Masyarakat sekeliling juga akan berpandangan serong terhadap pemohon.

Berdasarkan alasan-alasan dan fakta-fakta yang diberikan ini maka
tidak wajar seorang lelaki menghebahkan kepada umum tentang hasratnya
untuk berpoligami. Dalam perkara ini, pihak media perlu memainkan
peranan penting.